salam semua...
Tujuan cik Emma menulis coretan umrah kali ni bukan lah berniat untuk menunjuk atau ade perasaaan riak...yang ade hanyalah perasaan rindu terhadap Tanah Suci Mekah & Madinah.. Oleh kerana rindu yang mendalam maka cik emma sematkan segala coretan kisah di sini.... cume cik emma nk mintak maaf sebab coretan ini tiada attachment bergambar...sebab masa kat sana tak terfikir nak ambik gambar..
Pendaftaran Umrah 2016
Sesungguhnya tidaklah cik Emma terfikir akan kembali diberi keizinan oleh-Nya untuk cik emma kembali ke Tanah Suci dlm masa terdekat.. tahun 2015 kebetulan telah Allah berikan rezeki yang tidak dijangka... Teringat 1 hari (dalam bln November 2015) bile cik emma balik ke rumah mak dan abah..masa borak2 dengan mak tiba2 mak cakap "tahun depan (tahun ni = 2016 ) mak pegi umrah lagi"... dan dengan spontan cik emma cakap kat mak nak ikut...
Kali ni cik emma pegi dengan
Jom Kembara Tour .. Jom Kembara Tour bukanlah asing bagi cik emma dan family.. sejak wujudnya jom kembara mak ngn abah setiap tahun pergi umrah bersama Jom kembara...malah abah diberi kepercayaan oleh boss Jom Kembara iatu Hj Ismail untuk menjadi agent di kawasan Keratong,,,Kazen cik emma menjadi agent di kawasan Shah Alam/Gunung Besout... bile cik emma sampaikan hasrat dekat abah so kire automatiknye cik emma dh register untuk umrah 2016...maka segala dokumen cik emma serahkan dekat abah je,,,nanti dekat2 tarikh abah akan turun shah alam untuk submit dokumen para jemaah dekat Jom Kembara... Untuk warga Felda boss fixed kan date Bulan March...walau Jom Kembara boleh dikatakan baru tp jgn risau sebab kursus tetap diberikan kepada para jemaah sebelum berangkat untuk menunaikan umrah.
Pada awalnya tarikh umrah sepatutnye 02/4/2016 - 12/04/2016.... awal bulan March mak kol ckp flight dicepatkan kepada 31/3/2016...
Hari Pertama
cik emma duk shah alam maka cik emma tumpang la kazen cik emma (abang mie) yang jugak agent shah alam/gunung besout...seawal 2 pagi kami dah bergerak ke KLIA..sebab utama adalah kerana jemaah dari gunung besout dh pn tiba di KLIA..dalam pukul 5 pagi baru rombongan dari Keratong pula tiba,,, seramai 87 org jemaah untuk umrah bulan March ni,,,dan boss Jom Kembara juga turut serta. flight kami dijadualkan pada pukul 10 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam... rase nak patah pinggang juge sbb direct flight dari KUL-JED...
kami tiba di airport jeddah lebih kurang pkl 5 petang waktu arab saudi,, waktu berbaris dekat imegresen tu memang terpisah dengan abah,,,tiba2 boss cakap,,mana2 anak2 yang mahramnye ayah pegi duduk dekat2,,,menggelupur cari abah kat mana,,,kikiki,,,
sampai kat tempat officer tu boleh plak die cek phone sambil kunyah chewing gum...memang x sama dengan officer kat malaysia... selesai urusan kami bergerak ke hotel,,,sebab jemaah 87 orang so ade 2 bas yang membawa jemaah Jom Kembara..
sampai di hotel boss suruh naik ke dewan makan dulu,,,lepas makan turun kat lobby untuk ambik kunci bilik,,masa bagi kunci bilik ni mutawif yang ditugaskan menjaga jemaah Jom Kembara turut memberi bussiness kad Hotel yang kami duduk tu..selepas berehat lebih kurang pkl 11 kami turun untuk selesaikan umrah selamat datang..
sebelum bergerak ke Masjidil Haram boss buat final cek up,,,tanya samada jemaah letak x bussiness kad hotel dekat belakang tag nama (masa ni baru cik emma sedar keperluan kad tu)...ingatkan saje2 bagi so cik emma tinggal dlm bilik...kih3..kata boss, kad tu sebagai bantuan kalau2 tersesat.. boss jugak pesan jangan ingat yang muda ni boleh ingat jalan then berlagak cakap ingat hotel sentiasa....kene fikir segala kemungkinan..
kami di iringi oleh dua org ustaz...group dipecah kepada dua maka setiap group ade seorang ustaz...ustaz lain...mutawif lain...pengiring pn lain.. masa tawaf kami terpisah...tapi kebetulan terjumpe abah...jadi cik emma selesaikan semua bertiga bersama mak dan abah...masa tgh tunggu abah selesai solat sunat tawaf kami didatangi seorang jemaah malaysia dari agensi lain yang sesat dan x tahu jalan untuk ke saie.. jadi sai'e kami malam tu berempat....niat nak tolong makcik tu sampai ke hotel tapi xde nama hotel atau no phone mutawif pada tag pengenalan makcik tu..cik emma sambil berdoa semoga makcik tu selamat sampai ke hotel beliau..
Hari Kedua
pagi tu cuma bersolat subuh di hotel sebab blk dr selesai umrah pn dh lambat,,,dengan perjalanan yang panjang maka kami pilih untuk berehat.. jemaah yg ingin mengerjakan umrah pada hari kedua boleh tunggu di lobby pada pukul 7.30..nanti mutawif akan uruskan transport untuk ke tanaim...Jom Kembara memberi service 7 kali umrah secara percuma...jadi x perlulah jemaah cari kenderaan sendiri untuk ke tanaim...oleh kerana hari kedua hari jumaat maka kami tidak menunaikan umrah pada hari tersebut..sebab abah x kasi,,takut nanti x pandai kalau terkepung dengan masa tawaf...solat jumaat adalah hari cuti bg org arab saudi jadi mereka akan datang awal ke masjid untuk solat jumaat...
lebih kurang pkl 9 kami bergerak ke Masjidil Haram..itu pun laluan utama dah ditutup..abah pegi pkl 10 pn dapat bersolat jumaat di dataran je...
ptg tu juga bumi Makkah dilimpahi hujan,,,khabarnya hujan batu turun pada petang tu..
Hari Ketiga
seawal pkl 2.30 pagi kami dh ke Masjidil haram..untuk melakukan tawaf sunat dan bersolat sunat sebelum masuknye waktu subuh,,,Allahu.. sayunye hati dapat bersolat dekat sungguh dekat Kaabah..dan hari2 seterusnya kami dapat bersolat subuh dikawasan dataran kaabah...sungguh indah perasaan itu...memang x dapat digambarkan..
pukul 7.30 pagi dh berkumpul di lobby untuk ke tanaim...pagi ni sebanyak 3 coaster digunakan untuk membawa jemaah... berniat di dlm coaster sahaja kerana terlalu ramai org di masjid tanaim.. mutawif ,abah, boss ngn abang mie mengiringi jemaah sampai memasuki masjid...
petang tu sekali lagi hujan membasahi bumi Makkah...
Hari Keempat
hari ni berziarah di tempat2 haji seperti mina, muzdalifah..kemuadian ke Jabal Rahmah..kali ni Alhamdulillah cik emma memanjat sampai ke atas..cume waktu nk turun tu kene berhati2.. selepas ke Jabal Rahmah kami singgah di Jaranah...tempat untuk berniat bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah pada hari itu...
Hari Kelima
ziarah ke ladang unta, muzium dan masjid hudaibiyah untuk berniat bagi jemaah yang hendak melakukan umrah... petang tu pula ade xtvt memanjat gua hira'...cik emma x pegi sebab betis rase sakit2 lepas panjat Jabal Rahmah..Insyaa allah,,,andai ade keizinan-Nya lagi next time cik emma kan pegu gua hira' tu..
Hari Keenam
ade lawatan ke Taif tapi kami memilih untuk melakukan umrah...sebab x ramai maka hari ni 1 coaster diiringi oleh abah,,abang mie,mutawif ngn Boss iring jemaah pegi Taif...
Hari Ketujuh
Umrah terakhir sebelum tawaf selamat tinggal pada keesokan hari
Hari Kelapan
Tawaf Selamat Tinggal - x dapat nak gambarkan perasaan bile terpaksa meninggalkan bumi Makkah... Semoga diberi kesempatan lagi untuk kembali...kami bergerak ke Kota Madinah selepas selesai solat zohor..